Baca Review Lelaki Ini Tentang Penerbangan ANA (Economy) Ke Jepun

Ini adalah review untuk penerbangan ANA atau yang dikenali sebagai All Nippon Airways (ANA). Ramai yang belum tahu bahawa masih ada penerbangan premium yang menawarkan harga rendah (ketika promosi) untuk ke lokasi tertentu, contohnya jika anda mahu ke Jepun.

Apapun, harga begini tidaklah ditawarkan setiap hari. Biasanya pada musim-musim tertentu dan sudah pasti kita sebagai seorang yang suka melancong, perlu cakna akan promosi sebegini. Baiklah, bagi yang teringin dan mahu mencuba ANA, boleh baca dahulu review ini.

Booking

Bagi saya, proses untuk tempah tiket ANA ini cukup mudah. Pergi sahaja ke laman webnya di sini ANA, kemudian pilih tarikh dan lokasi tempat yang anda ingin tuju. Saya sarankan untuk anda mendaftar sebagai ANA Mileage Club. Percuma sahaja, tidak perlukan bayaran.

Oh ya, anda juga boleh tukar nombor seat anda bila-bila masa ikut keperluan anda dengan syarat ianya dilakukan sebelum 24 jam daripada tarikh penerbangan. Jenis makanan juga anda boleh pilih sama ada mahu makanan Muslim, atau bergula rendah, dan sebagainya.

Check-In

Proses check-in juga mudah. Kita boleh dapatkan boarding pass menggunakan 2 cara. Sama ada anda pilih untuk ke kaunter, atau scan sahaja menggunakan kod QR yang ANA akan emelkan kepada kita 24 jam sebelum masa berlepas. Contohnya kita berlepas ke Jepun pada jam 11.00 pagi 24 Januari, maka kita akan peroleh emel itu pada jam 11.00 pagi 23 Januari.

Semasa saya berlepas daripada KLIA ke Haneda, saya bawa bagasi saya ke dalam flight, jadi kurang pasti bagaimana prosedurnya. Cuma, daripada Haneda ke KLIA, saya check-in bagasi saya di kaunter saya check-in boarding pass. Stafnya baik-baik dan suka untuk memudahkan urusan kita insyaAllah.

Boarding

Waktu boarding ANA seperti biasa, ianya tepat pada waktu yang dinyatakan dalam boarding pass. Mungkin akan lewat seminit dua, tetapi tidak mengapalah. Staf yang bertugas pun ceria. Tak rasa lama menunggu pun.

Seat

Tempat duduknya sangat selesa. Boleh rujuk gambar di bawah;

Di atas setiap seat, ada 1 helai blanket yang masih berplastik, dan bantal untuk kita alas-alas belakang ataupun kepala. Bukan itu sahaja, headphone juga disediakan untuk menikmati hiburan sewaktu penerbangan.

Ini adalah pandangan atas untuk seat di ruangan Kelas Ekonomi.

Bagi saya, ianya cukup selesa dan berpatutan dengan harga yang dibayar.

Meal

Saya sudah reserve makanan Muslim sewaktu menempah tiket lagi. Jadi urusan makan semasa penerbangan cukup mudah. Pada awal penerbangan, flight attendant akan dapatkan kepastian sama ada betul atau tidak anda reserve menu Muslim. Jika Ya, maka dia akan tampalkan sticker yang menunjukkan kita hanya menerima makanan Halal di tempat duduk kita.

Ini contoh makanan yang saya makan

Serius sedap!

Bukan itu sahaja, flight attendant juga akan sentiasa tawarkan minuman sepanjang penerbangan. Malah, kita juga boleh minta minuman bila-bila masa yang kita mahukan. Senang cerita, insyaAllah kita akan sentiasa kenyang semasa penerbangan.

Service

Servis mantap! Anda boleh minta apa-apa sahaja sepanjang tempoh penerbangan (dengan syarat ianya available untuk anda) dan flight attendant akan berikan pada anda. Haus? Mintalah segelas kopi. Nak minuman bergas, tiada masalah!

In-Flight Entertainment

Jika ada antara anda yang masih blur mahu buat apa (selain daripada tidur) jika perjalanan anda mengambil masa lebih daripada 6 jam untuk tiba ke destinasi, maka usah risau, ANA menawarkan hiburan yang sesuai untuk ‘membuang masa’ kita.

Filem terbaru, koleksi lagu-lagu instrumental, lagu untuk tidur, permainan mini, dan banyak lagi bentuk hiburan yang disediakan oleh setiap pelanggan ANA semasa penerbangan. Main dan tontonlah segala bentuk hiburan yang disediakan sampai muntah.

Tetapi, yang kurangnya bagi saya, filem yang disediakan itu sudah saya tonton (kerana saya sering muat turun filem di internet), dan lagu-lagu yang ada juga bukan jenis lagu yang saya minati. Tetapi ini hanyalah sekadar pandangan peribadi. Setiap orang berbeza, jadi, anda jangan risau!

Arrival

Saya kurang pasti syarikat penerbangan lain, tetapi jika ANA, tempoh untuk keluar daripada flight selepas mendarat ke destinasi yang dituju itu boleh dikatakan pantas. Lupa pula, setiap flight akan ada lagu background sepanjang tempoh kita boarding in, atau boarding out ke pesawat. Jadi, bagi saya, lagu tema ANA ini cukup menenangkan. Anda boleh tonton dan dengar sendiri di Youtube.

Keseluruhannya

Saya boleh beri 4.5/5 untuk ANA memandangkan ini kali pertama saya menggunakan penerbangan premium sebagai pilihan untuk ke luar negara. Oh ya, harga tiket return yang saya beli hanyalah berjumlah RM1,169 sahaja. Murah bukan?

Selepas ini saya fikir mahu cuba menggunakan MAS pula memandangkan ada promosi RM1,229 ke Jepun. Apapun, semuanya terserah pada anda. Moga review ini membantu anda membuat keputusan dalam memilih syarikat penerbangan yang anda mahu gunakan servisnya.

Boleh follow journey penulis di sini: Najwan Shaharum

Comments

comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*