Bagaimana Ke Biwako Valley Dari JR Shin Imamiya Station? Lelaki Ini Ada Rakamannya

Ramai orang bermimpi untuk merasai sejuknya salji, apatah lagi bila dapat berpeluang untuk bermain salji. Antara negara yang terdekat untuk bermain salji antaranya adalah Jepun atau pun Korea Selatan.

Rakan travel kami Hairwan AB, berkongsi melalui rakaman videonya cara-cara hendak ke Biwako Valley dari JR Shin Imamiya Station untuk bermain ski.

Main Salji di Kansai? Aku syorkan di Biwako Valley..

Bagaimana ke sini dan berapa kos?

  1. Pastikan anda mengambil JR Pass untuk sehari, JPY 2200. Jadi tidak payah bayar untuk naik train nanti.
  2. Dari JR Shin Imamiya station, ambil JR Osaka Loop Line untuk menuju ke Tennoji tapi anda perlu berhenti di Osaka Station. Train akan berhenti di platform no 1. Jadi anda boleh guna escalator untuk ke atas, kemudian cari platform 9 untuk turun ke bawah.
  3. Naik JR Tokaido Sanyo Line menuju ke Kusatsu dan anda akan turun di Yamashina Station.
  4. Di sini anda akan pergi ke landasan sebelah untuk ambil JR Kosei Line menuju ke Omi Maiko dan turun di Shiga Station. Selepas itu, anda boleh pergi ke bawah untuk keluar dari station dan belok kanan…depan sikit ada hentian bas, tunggu bas ke Biwako Valley.
  5. Harga sehala untuk ke Biwako Valley adalah JPY 330. Bila sampai di station bawah ropeway Biwako Valley, anda beli pula tiket return beharga JPY 2500. Di Biwako Valley anda boleh juga menyewa peralatan untuk bermain ski dan lain-lain permainan..

Bak kata Hairwan AB, “Untuk memudahkan korang faham, abam dah buat video ni..tak faham jugak, tak tau ler nak explain gaya mana.” 🤣🤣🤣

Kos Keseluruhan:

JR Pass 1 Day – JPY 2200
Bus return – JPY 660
Ropeway return – JPY 2500
TOTAL = JPY 5360 (RM 200)

**Artikel dan video di atas di kongsikan oleh Hairwan AB di facebook dan beliau boleh diikuti di sini.

Comments

comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*