‘Boarding Flight’ Cara Pantas, 7 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang FACES

Gambar Sumber Dari Amanz.my

Kini anda boleh boarding dengan mudah bila menaiki pesawat Air Asia dengan FACES.

Apakah itu FACES?

“Fast Airport Clearance Experience System”, ia adalah teknologi pengecaman wajah atau ‘face recognition” yang diperkenalkan oleh Air Asia baru-baru ini.

Dengan menggunakan FACES, proses untuk ‘boarding’ akan menjadi lebih pantas dan mudah tanpa perlu menunjukkan ‘boarding pass’ atau ID untuk melepasi pintu perlepasan.

Pada situasi standard sekarang, proses untuk ‘boarding’ bagi 180 orang biasanya akan mengambil masa sehingga lebih kurang 15 minit. Dengan adanya FACES ia hanya akan mengambil masa dari 9 hingg 11 minit sahaja. Jadi, banyak masa akan dijimatkan.

Ini adalah 7 perkara yang anda perlu tahu mengenai FACES

  1. Buat masa sekarang, FACES hanya boleh digunakan oleh penumpang yang berumur 18 tahun dan ke atas.
  2. Menurut Air Asia, ‘success rate’ bagi menggunakan sistem FACES ini adalah 98%.
  3. Lapangan terbang Senai menjadi yang pertama menggunakan FACES, hanya satu kiosk pendaftaran yang beroperasi dan 3 pintu masuk yang dipasang dengan FACES iaitu di gate 1, 2 dan 3.
  4. Proses pendaftaran boleh menggunakan MyKad untuk penerbangan domestik dan passport untuk penerbangan domestik dan juga antarabangsa. Pelancong luar boleh menggunakan FACES dengan menggunakan passport mereka yang sah.
  5. Pendaftaran FACES hanya mengambil masa 30 saat untuk siap.
  6. Proses screening untuk melapasi boarding gate hanya mengambil masa 1.4 hingga 4 saat sahaja.
  7. Untuk fasa yang pertama, FACES hanya digunakan untuk melepasi boarding gate sahaja, proses keselamatan dan imigresen perlu melalui proses standard yang biasa.

Menurut Air Asia lagi, penggunaan FACES akan diperluaskan di lapangan terbang lain pula dalam masa yang terdekat ini.

Infografik dari Air Asia ini menunjukkan cara-cara bagaimana FACES dapat digunakan.

Comments

comments

About Hizam 9 Articles
Aku Masnazirul Hizam, lelaki biasa biasa yang kurang giginya, berusaha mengenal dan melihat keindahan dunia dari kacamatanya sendiri. Nilai kebahagian bukan terletak lagi pada kebendaan. Lebih menikmati sedapnya kopi dari menilai cantiknya cawan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*