Kini Rakyat Malaysia Boleh Memperbaharui VISA US Melalui Surat Tanpa Perlu Temuduga

Kedutaan Amerika Syarikat kini membenarkan pembaharuan visa melalui pos untuk rakyat Malaysia.

Merujuk kepada laporan seperti yang disiarkan oleh akhbar The Star, sebelum ini, mereka yang memerlukan visa AS terpaksa mengisi permohonan dalam talian dan membuat temu janji untuk temu duga di kedutaan di sini.

Sekarang, pemegang visa yang masih sah atau telah tamat tempoh dalam tempoh 12 bulan yang lalu boleh memperbaharui visa mereka melalui surat, tanpa perlu menghadiri temuduga.

Pengembara tetap ke Amerika Syarikat juga akan dipertimbangkan di bawah skim Pembaharuan Visa dengan membuat permohonan melalui surat.

Duta Besar AS Kamala Shirin Lakhdhir berkata Kerajaannya mahu menjadikan proses visa lebih “berorientasikan pelanggan” untuk rakyat Malaysia.

“Terdapat persepsi di sini bahawa mustahil atau sangat sukar untuk mendapatkan visa AS. Orang ramai bimbang tentang proses dan prosedur, dan datang untuk temubual.

“Sebenarnya, jika anda seorang rakyat Malaysia yang memohon visa pelancong atau perniagaan jangka pendek, anda adalah 95% pasti mendapatnya. Untuk pelajar pula adalah 99%

“Jadi sekarang prosesnya semua dalam talian. Lebih mudah dan pantas untuk rakyat Malaysia, lebih mudah bagi kami juga, “katanya dalam temu bual.

Sumber: thestar.com.my

Apa yang anda perlu tahu tentang Visa US ini:

  • Sebahagian besar visa pelancong untuk rakyat Malaysia adalah maksimum 10 tahun.
  • Di bawah skim baru, pemohon masih perlu mengisi permohonan dalam talian dan menjawab beberapa soalan untuk mengesahkan kelayakan mereka untuk visa baru melalui pos. Halaman pengesahan akan dihantar jika seseorang layak. Setelah visa selesai, pemohon akan dihubungi melalui SMS atau e-mel untuk mengambil pasport mereka di lokasi yang dipilih.
  • Tahun lepas, kira-kira 40,000 visa AS dikeluarkan kepada rakyat Malaysia.
  • Bilangan visa yang dikeluarkan untuk pelajar Malaysia bagi tahun akademik 2016/17 ialah 8,274.
  • Malaysia masih belum dapat kebenaran untuk pengecualian visa dari US, bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan keyakinan bahawa Kerajaan akan dapat memenuhi semua syarat untuk menyertai program Visa Waiver AS pada September nanti.

Sumber: The Star

 

 

Comments

comments

About Hizam 9 Articles
Aku Masnazirul Hizam, lelaki biasa biasa yang kurang giginya, berusaha mengenal dan melihat keindahan dunia dari kacamatanya sendiri. Nilai kebahagian bukan terletak lagi pada kebendaan. Lebih menikmati sedapnya kopi dari menilai cantiknya cawan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*