“You Pass Today’s Test!” Wanita Ini Berkongsi Tips Mendapatkan Lesen Memandu Di Jepun.

Setiap negara mempunyai undang-undang jalan raya tersendiri yang sudah tentu berbeza daripada yang terdapat di negara masing-masing. Sesekali berpeluang memandu di negara asing, pasti mengujakan. Satu lagi ‘milestone’peribadi yang berjaya dicapai.

Ikuti pengalaman Cik Rozita Sawada Shin mendapatkan lesen memandu di Jepun yang cukup terkenal dengan ketertibannya. Perbezaan bahasa bukan suatu masalah. Teruskan membaca!

Jika anda merancang ingin memandu sendiri di Jepun, eloklah kiranya anda membuat sedikit kajian tentang cara-cara memandu di sini terutamanya ketika membelok ke kiri dan ke kanan. Sebelum itu, pastikan anda mempunyai “International Driving Permit” yang boleh didapatkan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan bayaran RM150 utk tempoh satu tahun.

Saya ingin kongsikan pengalaman saya mendapatkan lesen memandu Jepun tempoh hari. Sekiranya ada rakyat Malaysia yang ingin mengambil lesen memandu di negara “Matahari Terbit “ ini,  bolehlah jadikan catatan ini sebagai panduan. Manakala, orang yang lain pula boleh membacanya sebagai pengetahuan am.

Undang-undang di sini, membenarkan pemegang “Residence Card” menggunakan “International Driving Permit” hanya dalam tempoh setahun pertama. Selepas setahun menetap di Jepun, anda perlu mendapatkan lesen memandu Jepun. Anda tidak boleh pulang ke negara asal dan memperbaharui permit “International Driving” atau pun memandu tanpa lesen. Kalau tertangkap, anda sama sekali tidak dibenarkan mengambil “Japanese Driving License” dan hukuman berat dikenakan!

Pandu cermat, jiwa selamat.

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk menukar “International Driving Permit” kepada lesen memandu Jepun;

  1. Residence card’, passport, kad pengenalan Malaysia, dan lesen memandu Malaysia yang masih aktif.
  2. License translation” boleh dibuat di Japanese Automobile Federation (JAF) dengan bayaran ¥3000, kira-kira RM107.00
  3.  “Certificate of Driving History” yang boleh dipohon di JPJ Malaysia. Saya mempunyai dua kelas lesen, iaitu B2 dan D. Maka, di sini mereka meminta supaya saya ‘breakdown’ tarikh mula-mula saya mendapat dapat lesen tersebut dalam surat JPJ. Ada masalah lain timbul disini, baca sampai habis, okey!
  4. Jumin-hyo (Residency Registration) yang boleh didapatkan di City Hall masing-masing dengan bayaran ¥300.
  5. Segala sijil sekolah yang membuktikan anda telah menetap lama di Malaysia (dan bukti anda biasa memandu di Malaysia).
  6. Gambar berukuran 3cmx2.4cm
  7. Lesen memandu lama yang sudah tamat tempoh.

Jika semua dokumen di atas lengkap, anda boleh pergi ke Sumezu Driving Center (sekiranya menetap di Tokyo) dan berdaftar disana. Saya telah pergi sebanyak dua kali kerana pertama kali saya ke sana, permohonan saya telah ditolak. Puncanya; saya tidak mempunyai ‘certificate’ nombor 3 di atas daripada JPJ.

Japanese Automobile Federation.

Saya minta adik saya uruskan di Malaysia, scan dan email kepada saya. Pun, bila saya pergi buat kali kedua, mereka reject pula certificate itu kerana tidak breakdown maklumat kedua-dua jenis lesen yang saya ada.

 
Lesen B2: Bilakah tarikh mula diperolehi?

Lesen D: Bilakah tarikh mula diperolehi?

Format JPJ hanya menyatakan sekali sahaja bagi kedua-dua kelas lesen yang saya ada kerana kedua-duanya diperoleh pada tarikh yang sama. Saya telah terangkan kepada mereka bahawa  format rasmi JPJ adalah sedemikian kerana saya mendapatkan kedua-dua lesen pada tarikh yang sama.

Staff di Sumezu Driving Centre tetap menolak alasan tersebut. Padahal tarikh perolehan lesen sudah ada dalam surat JPJ tersebut, cuma tidak diasingkan sahaja! Time-tuh rasa mahu naik hangin tapi saya masih cuba untuk cool dan sabar. Kemudian, saya tunjukkan lesen lama saya dari tahun 2006 yang ada 2 keping.

Staff tengok semula, then dia kata ok!

“Saya cuba proceed tapi saya tak janji ye. Awak kena tunggu 1-2 jam”

“ Yelahhhh, tak kisah . Janji proceed!”

Alhamdulillah, permohonan saya diterima! Ini baru permohonan. Kemudian, saya perlu mengambil “knowledge test” pada masa yang sama. 10 soalan perlu dijawab. Sekurang-kurangnya perlu betul tujuh soalan. Saya dapat menjawab lapan soalan yang betul. Lepas! Next, ujian mata pula. Alhamdulillah ok!

 

Kemudian, barulah perlu bayar sebanyak ¥2200 untuk ujian memandu. Perlu booking date terlebih dahulu. Alhamdulillah, ada satu slot untuk tarikh dua minggu yang akan datang. Kalau tidak,  kenalah saya tunggu enam minggu .

Kerja sekolah tetap dibawa walaupun membuat ‘tour’ bersama pelanggan menggunakan ‘caravan’

Hari Ujian Memandu.

Pertama sekali, daftarkan kehadiran. Taklimat diberikan berkenaan routes dan giliran. Saya dapat penguji yang paling serious! Sambil menunggu giliran saya, saya duduk di bahagian tempat duduk belakang manakala orang sebelum saya pula duduk di tempat pemanduan dan memandu. Kereta ujian kami adalah jenis  Auto Honda Accord. Lebih kurang dua minit memandu, dia fail di laluan “S”. Then, terus ditamatkan ujian. Dia dapat kertas kuning. “Sorry You’re Fail!

Gagal ujian kali pertama itu macam benda wajib sahaja rasanya di Jepun ini. Setakat 5 kali fail itu adalah perkara biasa. Saya pun tidaklah berharap sangat. Tapi, saya tetap berdoa agar saya lulus. Kalau saya gagal kali ini, saya tidak  tahu bila lagi saya boleh buat balik sebab saya mahu pindah ke Osaka.

Bila tiba giliran saya, saya masuk kereta dan check mirrors, adjust kerusi, dan pakai seat belt. Kemudian, penguji memberikan arahan start, saya jalan. Alhamdulillah, saya selesai sehingga habis course tersebut. Saya nampak examiner tulis atas kertas berwarna pink! Kemudian, dia berikan kertas tersebut dan suruh saya tunggu semula dalam bilik awal tadi. Alhamdulillah, saya lulus!

Kalau ikut semua peraturan, insyaAllah lulus. Senyum sampai ke telinga.

Daripada 35 orang yang mengambil ujian, cuma Sembilan orang sahaja yang lulus, dan kebanyakannya pula sudah mengambil ujian 4-5 kali. Bila sy cakap saya first time, mereka tanyakan saya dari mana? Sudah pasti dengan bangga saya jawab,Malaysia! Proses menunggu untuk mendapatkan lesen lebih kurang 2 jam. Kemudian, alesen baru Jepun saya pun keluar!

Selepas ini, kalau saya mahu buat tour pun boleh. Rasa lebih aman sikit untuk drive. Dua hari selepas itu, semasa saya membuat airport pickup, saya kena tahan polis di  area Shinagawa. Siap pasang siren polis suruh ke tepi. Time tu nak takut apa, kita dah ada lesen!  Polis pula ramah sahaja. Tidak sampai seminit selepas tunjuk lesen, dia terus suruh jalan. Sumimasen!Drive elok-elok ya!”, katanya.

Airport Pick-up.

Maka, jika anda ingin memandu sendiri, berhati-hati dengan pejalan kaki. Sentiasa berikan laluan kepada mereka dahulu. Apatah lagi jika memandu di dalam bandar. Jangan gopoh-gopoh. Tidak ke mana pun tempat yang hendak dituju, tetap di situ juga.

Semoga perkongsian ini memberikan panduan kepada anda yang ingin memandu di Jepun!

 

** Artikel di atas disumbangkan oleh Rozita Sawada Shin. Boleh ikuti Facebook beliau di sini.

 

Comments

comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*