Risau Hendak Travel? Lelaki Ini Kongsikan Tips Keselamatan & Panduan Semasa Travel

Chey Chen ketika pengembaraan beliau.

Artikel The Kofkinos kali ini memfokuskan tentang panduan semasa travel yang mungkin ramai terlepas pandang. Apabila travel ke negara orang, kita mungkin kurang arif tentang risiko jenayah di sana. Apa lagi jika negara yang kita lawati tu mempunyai kadar jenayah yang tinggi. Orang kata, malang tidak berbau, oleh itu persediaan sebelum memulakan travel juga adalah sangat penting! Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, apa kata kita baca dan pertimbangkan tips serta pengalaman yang dikongsikan oleh saudara Chey Chen ni.

Sewaktu Trip HuruHara ke Balkan pada April 2016, pertama kalinya kami berdepan dengan kejadian penyeluk saku atau dikenali sebagai pickpocket.

Yang menariknya kejadian itu berlaku 2 kali dalam satu hari. Semuanya bermula apabila kami sampai di Sarajevo, Bosnia.

Selesai urusan check in hotel dan berehat seketika, kami mula mengatur gerak ke tumpuan utama Sarajevo iaitu Bascarsija. Kebetulan masa kejadian aku dan partner, Ayie berada agak jauh antara satu sama lain. Masing-masing leka mengambil gambar kota lama Bascarsija dan penduduknya.

Dalam perjalanan untuk ke War Memorial yang terletak di atas bukit, kami berpatah balik dari satu lorong untuk bertanya arah yang betul dari pekedai di situ. Saat kami mahu melangkah pergi, tiba-tiba pekedai tadi menjerit kearah kami dalam bahasa Inggeris :

“Thieves… ! Thieves..!

Serentak dengan itu, 4 orang remaja perempuan yang berada berdekatan dengan aku (jarak aku dan Ayie agak jauh) secara tiba-tiba melarikan diri di sebalik bangunan dan kereta.

Tanpa disedari,sebenarnya kami diekori oleh empat (4) remaja perempuan dari kota lama lagi . Pada mulanya memang kami tidak perasan tetapi bila aku check kamera DSLR, gambar 4 orang gadis itu pun ada sambil perhatikan kami di Fountain.

Kejadian ke dua berlaku di atas tram sewaktu kami hendak ke pinggir bandar Sarajevo. Semuanya bermula dengan lancer sampai satu ketika aku berasa ada yang tidak kena. Kami dihimpit oleh 2 orang lelaki sedangkan tram tidak ramai orang.

Seperti terjaga dari mimpi, aku baru perasan backpack aku galas dibelakang. Serta merta aku keluar dari himpitan ke tempat yang lebih luas dan terus periksa bag. Zip sudah terbuka separuh!

Aku memang sudah gelabah kerana di compartment bag itu terdapat 100Euro untuk keperluan masa hadapan. Alhamdulillah, penyamun itu berputih mata kerana semua barang masih ada. Dalam masa yang sama, aku terdengar Ayie menjerit ;

“Tolong! Tolong!”

Siap dalam bahasa Melayu lagi. Lepas dia waras, baru dia menjerit ;

“Help! Help!”

Mungkin terkejut dengan tindakan Ayie, dua orang lelaki tadi berundur dan gelakkan Ayie. Orang ramai yang ada di situ hanya memerhati. Kami turun di hentian terakhir dan membatalkan niat kami untuk jelajah perkampungan di situ.

Dari pengalaman ini, aku ingin mengesyorkan secebis peringatan untuk mengelakkan/mengurangkan risiko dari menjadi mangsa seluk saku dan sewaktu dengannya.

Teknik Mengurangkan Risiko Semasa Travel
*********************************************

Kredit: wikiHow

Ini merupakan perkara basic dan ramai yang apply cara ini. Biasakan bawa backpack bersaiz kecil di bahagia depan badan. Selalunya barang penting dan jarang digunakan seperti passport dan primary dompet di letakkan di compartment utama.

Barangan seperti shades, compact powder, gincu, maskara, eye liner segala bagai boleh diletakkan di compartment luar.

Untuk kamera compact atau action, boleh diletakkan sekali dengan compartment luar jika cukup ruang. DSLR sebolehnya letak di compartment utama. Jangan kerap keluar masuk DSLR takut ada mata yang memandang.

 

Kredit: wikiHow

Ini merupakan careless mistake yang dibuat oleh wanita. Handbag mestilah berada dalam kawalan kita. Jangan sesekali letak handbag di atas kerusi, meja ataupun lantai. Trust me, penyamun sangat licik. Itu belum kira dengan distraction yang dibuat oleh mereka.

Seperti backpack, handbag mestilah berada di hadapan badan seperti di riba anda. Macam saya, walaupun tengah makan, tali backpack mesti dililit di lengan.

Satu kelalaian yang selalu dibuat adalah biarkan zip bag terbuka. Please lah wahai netizen sekalian, jangan biarkan diri anda berisiko kehilangan barang dan paling teruk jika ada orang selit dadah.

 

Kredit: wikiHow

Blend in society. Jika anda yang pure baka Asia pergi Europe, mana mungkin boleh merupa menjadi mat saleh kan? Tidak perlulah sampai kena dye rambut jadi blonde pulak.

Dari etika pemakaian, pakai simple dan tidak terlalu menonjol. Kalau kita tengok mat saleh yang datang ke tempat kita selalunya simple habis, macam itu lah kita ke melancong/backpacking ke luar.

Elakkan warna pakaian yang terlalu menonjol melainkan anda memang mahu dikenali.

 

Kredit: wikiHow

Jika anda tahu tempat yang nak melancong itu mempunyai potensi atau risiko, anda boleh consider untuk buat mugger wallet. Dalam istilah mudah dompet tipu-tipuan.

Dalam dompet ini anda boleh letak item yang tidak mempunyai nilai tinggi seperti resit-resit, kad bonuslink, kad Giant, dan sebagainya.

Untuk bagi nampak realistik, letak lah duit sedikit dalam dompet itu. Jika disamun or rompak, campakkan dompet tipu ini dan larikan diri.

 

Kredit: wikiHow

Ini juga teknik yang selalu traveler buat. Ada dijual belt yang mempunyai hidden compartment dan dompet yang boleh digantung. Macam partner aku, dia beli baju pergi Haji tu (yang ada zip poket di dada).

Macam belt ni sesuai untuk emergency case saja. Jangan pulak nanti kau buka belt di depan khalayak umum, dah tak jadi rahsia dah.

 

Kredit: wikiHow

Sekiranya di hotel or hostel mempunyai safe box, better tinggalkan barangan berharga di sana. Bawa sekadar perlu untuk digunakan sahaja.

Kalau travel berjemaah, boleh appoint seorang untuk jadi akauntan yang bayar dahulu dan balik ke hotel baru bayar balik. (Peringatan : bayaran mesti hari yang sama, jangan tangguh esok lusa tulat baru bayar)

Sedikit tips jika nak tinggal duit di hotel/hostel. Duit tidak diletakkan setempat dan selalunya duit aku diletakkan dalam stokin yang busuk. Kalau perempuan maybe boleh letak dalam bra masam! Hahaha!

 

Kredit: wikiHow

Jika anda pengguna debit/kredit kad, sebaik selesai urusan pembayaran, terus ambil kad dan masukkan ke dalam dompet.

Jangan sesekali serahkan kad anda kepada pelayan untuk pembayaran. Terus bayar ke kaunter dan perhatikan proses pembayaran sehingga selesai.

 

Kredit: wikiHow

Selalu kita nampak handbag labuh ke pinggang. Aku pun tak sure memang itu kaedahnya atau tak. Sebaiknya tali handbag mestilah ditarik pendek ke paras perut. Pemilihan handbag bertutup dan berzip adalah lebih baik. Kedudukan handbag mestilah di hadapan badan bukannya di belakang.

Tips untuk wanita : dalam handbag sebolehnya jangan letak barangan berharga seperti HP dan dompet. Lebih selamat jika diletakkan di poket hadapan.

 

Kredit: wikiHow

Jika anda hendak beri sedekah kepada pengemis, jangan sesekali buka dompet anda depan mereka. Gunakan duit pecah yang ada di poket sahaja.

 

Kredit: wikiHow

Elakkan dari menunjukkan di mana anda menyimpan duit anda. Jika anda perlu keluarkan duit dari poket rahsia, buatlah di tempat yang tertutup.

 

Kredit: wikiHow

Pengeluaran wang di bank juga perlu berhati-hati. Withdrawal sebaiknya dibuat di bank besar bukan di tempat yang tersembunyi dan terpencil. Terdapat kes yang mencuri data kita bila kita melakukan transaksi.

Selepas mengeluarkan duit, jangan kira terus duit di situ. Balik ke hotel dan kira di sana. Anda tak tahu jika anda diperhatikannnnnnn! Jeng jeng jeng!

Anda perlu tahu bahawa penyamun ini sangat licik, mereka memerlukan kelalaian anda beberapa saat sahaja. Selalunya juga, mereka bergerak dalam kumpulan dan setiap mereka ada role masing-masing.

 

Kredit: wikiHow

Ini juga perkara paling basic. Dompet mestilah diletakkan di poket hadapan bukannya di punggung. Ada dompet jenis panjang bila letak di belakang memang ibarat menjemput penyamun datang lah.

Ada juga yang letakkan HP di belakang. Bukannya tak boleh letak tapi jangan nangis lah kalau hilang.

Biar orang ingat kita paranoid asalkan tidak meraung kehilangan barangan kita.

**Artikel ini disumbangkan oleh Chey Chen, untuk mengikuti perkembangan terbarunya, boleh ke FB beliau di sini.

Comments

comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*