‘Me Time’ Bawa 7 Orang Sahabat Ke Bandung, Apa Yang Terjadi Di Sana Amat ‘Happening’

Ini adalah catatan kembara 7 sahabat ke Bandung yang sungguh happening.

Januari yang lepas, Eswati Azni Jaafar dan 6 sahabatnya telah berkunjung ke Bandung selama 3 hari 2 malam sebagai misi memperuntukkan “me time” mereka di samping mini reunion setelah 15 tahun tidak bertemu.

Bandung Sesuai Untuk Bercuti Bersama Keluarga dan Kawan-kawan

Mengambil kira kesibukan masing-masing sebagai isteri, ibu dan wanita bekerjaya, jadi Bandung adalah destinasi yang sesuai untuk short trip mereka ini. Segala-galanya dapat diperolehi di Bandung seperti shopping, berhibur, merasai makanan tempatan dan juga sightseeing. Malah ia juga selamat untuk pelancong wanita seperti mereka.

Apa yang penting, kosnya sangatlah murah, hanya RM790 all in. Murahkan. Tidak perlu pun duit yang banyak untuk sesekali bergembira bersama BFF seperti zaman muda remaja dahulu.

Sekiranya ada yang merancang untuk melakukan trip kawan-kawan seperti wanita ini, mungkin itinerari perjalanan dan tips yang dikongsikan oleh Eswati Azni Jaafar di blognya ini membantu.

Hari pertama

Sebaik sampai di airport, pemandu (Pak supir) dari Kiki Bandung Transport sudah sedia menunggu. Kebiasaannya mereka akan bekalkan portable hotspot dan boleh terus top up online. Kelebihan memilih Kiki Bandung Transport ini adalah terdapat potter yang sedia menanti di Pasar Baru untuk guide dan bawa barang-barang shopping. Bahagian ini, memang marvelous. Kalau letih mengangkat barang, juga boleh spoil mood tau untuk bershopping di Pasar Baru.

Ini kali kedua aku menggunakan khidmat Kiki Bandung Transport ini. Boleh wassap pada no ini +62 85221660678 atau lawati www.kikibandungtrans.com. Setakat ini okay dan menyenangkan.

1. Pasar Baru
9.30 pagi -3 petang

‘Ini tempat wajib kalau datang ke Bandung. Tidak lengkap rasanya kalau tidak datang ke sini. Tapi dinasihatkan supaya berhati hati kalau pergi ke sini. Pastikan handbag berada di hadapan ya.

Pastikan beli lace, baju renang muslimah, telekung, tudung, pisang cheese, kacang bandung dan lain lain. Untuk orang yang tidak biasa shopping, memang akan jadi agak penat. Ada kawan kami yang sampai demam dan kena pergi urut malam itu. Hahaha…maklumlah dah 40an mestilah stamina kurang, ya tak. Jadi, nasihat untuk orang yang kurang aktif seperti ini pastikan tidur malam awal dan ada ambil supplement ya. Kalau sudah penat memanglah tidak best hendak shopping, serius tak best.

Kredit Gambar: Eswati Azni Jaafar

Kalau sudah kelaparan, jangan risau, ada food court di tingkat atas. Kali kedua aku datang, Pak Supir ini bawa ke kedai yang sama. Harga okay tapi mahal sedikit. Aku ingatkan semua di Indonesia mestilah murah.

Aku tetap rasa food court situ mahal. Ada yang aku datang sendiri, makan di salah satu kedai di situ, aku rasa mahal juga. Tetapi tiada pilihan sebab hendak kejar masa.

2. Check in hotel
3.30 petang

Kami pilih Hotel Fave yang terletak di Braga. Hotelnya basic sahaja tetapi lokasinya di dalam mall. Tapi kami sendiri tidak sempat untuk pusing kawasan sini sebab hendak berkejar ke tempat lain. Kami singgah sebentar sahaja untuk solat dan bersihkan badan.

3. Rumah Sulam
4.00 – 5.00 petang

Kebetulan salah seorang kawan kami merancang untuk berniaga, jadi Pak Supir bawakan kami ke sini. Bagi kami, pilihan kainnya agak outdated jadi kesudahannya tiada siapa pun bershopping di sini.

4. Rumah Mode
5.00 – 7.45 petang

Kredit Gambar: Eswati Azni Jaafar

Kata orang tempat ini wajib sampai kalau hendak ke factory outlet. Lokasi dan persekitaran memang best. Ini kali ke 6 saya sampai di sini. Harga barangan di Rumah Mode agak tinggi. Tetapi saya masih dapat beli beberapa baju untuk anak dan diri sendiri.

5. Stone Cafe
8.30 – 10.00 malam

Memang sudah plan untuk dinner di tempat yang boleh menyaksikan bandar Bandung. Lokasi café ini di kawasan berbukit di Jalan Dago. Memang best sangat. Harga makanan masih reasonable dan murah berbanding dengan harga di Malaysia. Sirloin steak boleh didapati dalam harga RM35.00 Jika dibandingkan dengan suasana cafe ini, bagi aku memang sangat berbaloilah.

Ada kawan aku cakap, “Alamak mahal kot tempat ni.” Aku cakap “Don’t worry, semua sudah termasuk dalam bajet RM300.00 yang kita kutip setiap seorang tu.” Terus muka semua orang happy. Yalah kan, tempat ini agak eksklusif, kalau dekat Malaysia pasti mahal kosnya untuk 7 orang.

Hari kedua

Seawal 7.00 pagi aku dah set dengan kawan kawan supaya sudah siap. Kalau tidak, memang akan banyak ketinggalan, sebab takut dengan macet (kesesakan lalu lintas) di sana. Promosi Malindo yang kami ambil ini tanpa breakfast. Pemandu telah membawa kami ke Kampiun. Ini antara cafe yang telah dibuka di awal pagi. Cozy place dan nasi goreng dia sedap.

1. Floating Market
8.45 – 10.00 pagi

Ada banyak spot yang menarik di sini. Entrance fee pun murah sahaja, siap boleh tebus dapat coffee. Sangat relaxing. Ada juga beberapa sub taman yang disediakan seperti Taman Arnab, Taman Keretapi dan kalau sudah penat, ada beberapa pondok yang best untuk lepaskan penat lelah.

Kalau ada anak-anak memang seronok berkunjung ke sini. Selain itu, tarikan di sini adalah gerai-gerai jualan makanan Indonesia.

2. Taman Mini
10.00 -11.00 pagi

Ini antara tarikan terbaru, 2 tahun lepas (2016) belum ada lagi atau mungkin juga aku yang tidak perasan. Cantik juga setiap rumah yang dibina khas untuk anak-anak. Kalau di Malaysia, ala-ala Kidzania. Setiap rumah ada menawarkan beberapa pengalaman yang berlainan. Contohnya fire dept, police station dan lain lain. Kalau bawa anak-anak ke Bandung, pastikan anda datang ke sini ok.

Kredit Gambar: Eswati Azni Jaafar

Lokasinya memang berdekatan dengan Floating Market. Ada shortcut untuk masuk ke kawasan ini dan juga harus dibayar entrance fee secara berasingan.

3. Dusun Bambu
11.30 – 1.30 tengahari

Dusun Bambu ini dikira wish list aku sendiri. Aku memang terpesona dengan sangkar burung yang ada disediakan. Malangnya cuaca hari itu tidak berapa elok dan angin agak kuat, jadi kawasan tersebut ditutup kerana dikhuatiri sangkar burung jatuh di atas pengunjung.

Di kawasan ini juga terdapat kawasan tasik yang sangat nyaman, dan kita boleh juga menikmati makanan sambil menikmati pemandangan tasik di dalam rumah rumah kecil di situ.

Kredit Gambar: Eswati Azni Jaafar

Kalau ada banyak masa memang teringin juga, tapi disebab ingin bawa kawan-kawan ke kawasan Kampung Daun selepas ini, jadi keinginan itu dilupakan.

4. Kampung Daun
2.00 petang – 3.45 petang

Kredit Gambar: Eswati Azni Jaafar

Kampung Daun ini adalah tempat kegemaran aku dari dulu lagi. Makanannya enak dan suasana di dalam hutan dengan deruan air terjun itu membuatkan tempat ini lebih menarik.

Kalau dahulu, perlu tunggu lama dan beratur untuk dapat tempat makan. Tetapi hari yang kami pergi agak kurang pengunjung. Hurmm…timbul tanda tanya juga, kenapa agaknya. Aku mengandaikan banyak tempat tarikan baru yang telah dibuka dan persaingan menjadi hebat. Walau bagaimanapun kami sangat enjoy di sini, sambil melayan makan, berbual-bual dan juga menikmati pemandangan yang menarik sehinggalah terlari perancangan seterusnya.

5. Dago Dream Park
4.30 – 7.00 petang

Kami sampai agak lewat, lebih kurang pukul 4.30 petang dan park ini akan ditutup dalam jam 5.30 hingga 6.00 petang. Terdapat beberapa tarikan menarik di sini. Tapi disebabkan tiada masa, jadi kami terpaksa memilih spot yang kami hendak pergi sahaja.

Kawasan ini pun rasanya tarikan baru di Bandung. Kiranya dapat memuaskan hati anak-anak dalam semua peringkat umur. Kalau orang tua mesti hendak rileks-rileks, tapi anak-anak pula pasti ingin main aktiviti berbasikal dan memanjat.

Kredit Gambar: Eswati Azni Jaafar

Highly recommended untuk bawa keluarga bercuti di tempat ini.

6. Membeli Perfume
7.30- 8.30 malam

Nasib baik sebelum sampai ke sini ada dengar tentang perfume Bandung yang murah dan berkualiti. Inilah kali pertama aku sampai ke kawasan ini. Sebelum ini agak skeptical dan aku bukanlah pandai sangat tentang perfume. Tapi ada kawan yang sudah buat study terlebih dahulu , sudah google info perfume di sini.

Hanya beritahu kepada pemandu untuk bawa kemana-mana perfume store dan kami telah dibawa ke perfume “Wi” yang terletak di Jalan….(sudah lupa).

Harganya memang best lah. RM12 sahaja untuk botol kecil dan yang paling best boleh pilih ikut katalog. Bolehlah untuk buat pakai santai-santai kan. Aku sendiri beli 5 botol untuk dibawa pulang dan bagi aku sangat sangat berbaloi.

Kredit Gambar: Eswati Azni Jaafar

7. Heritage
8.45 -9.20 malam

Agak kecewa dengan Rumah Mode semalam, kali ini aku ajak untuk pergi timbal balas di factory outlet yang lain. Hurmm..lagi banyak pilihan untuk aku sebab aku mencari baju baju yg berlengan panjang dan blouse kerja. Harga boleh dapat sekitar RM 40 hingga RM60 sahaja.

8. Restoran Braga
10.00 -11 malam

Kami balik ke hotel sekejap, sempat bermandi manda sekejap dan terus bersiap untuk makan malam. Memang bercadang hendak meronda-ronda di kawasan Braga sahaja sebab di situ pun banyak kawasan yang menarik sebenarnya.

Disebabkan sudah agak lewat, hanya beberapa restoran sahaja yang masih dibuka. Kami terpaksa memilih Restoran Braga ini, sebab ini antara restoran yang akan buka sehingga pukul 1 pagi.

Malangnya servis agak lambat, dan makanan tidak berapa enak. Kalau lihat rupa setup kedai ini memang hebat betul, tapi itulah indah khabar dari rupa.

Kredit Gambar: Eswati Azni Jaafar

Hari Ketiga

1. Kartika Sari

Kalau datang ke Bandung, jika tidak datang ke sini amatlah rugi. Segala kek dan pastri keluaran Kartika Sari hanya boleh didapati di jajahan Bandung. Malah dengarnya orang Jakarta pun turun ke sini untuk merasai keenakan produk Kartika Sari ini.

Makanan wajib beli adalah segala jenis brownies dan kek, bagelan atau roti bandung. Kalau teringin Tauhu Semedang, di sini pun ada dijual. Pisang cheese turut dijual, tetapi agak mahal sedikit berbanding di Pasar Baru.

Kredit Gambar: Eswati Azni Jaafar

2. Pasar Baru lagi

Memandangkan flight pukul 3 petang, jadi masih ada masa untuk shopping sehingga pukul 12 tengahari. Jadi ada masa lebih kurang 2 jam lagi, janji sudah tahu apa yang hendak dibeli.

Maka sempatlah hendak tambah telekung, tudung dan juga bedak Pixy. Aku beli bedak ini sebab orang kata best dan harganya RM11.00 sahaja.

3. Airport Bandung

12.30 tengahari
Alhamdulillah sampai seperti yang dirancang. Flight delay sejam, jadi kami sempat susun semula barang-barang yang dibeli. Seeloknya kek dan brownies dibawa masuk ke cabin (hand carry).

Penulis turut berkongsi beberapa tips penting buat bakal pelancong ke Bandung untuk dijadikan panduan.

Tips ke Bandung

1. Shopping di Pasar Baru seeloknya dimulakan awal pagi, nanti panas makin tidak larat dan penat. Rugi!!
2. Pastikan badan fit walaupun untuk bershopping, nanti cepat penat dan tidak larat untuk shopping. Atau bawa supplement.
3. Pastikan ambil light breakfast terlebih dahulu kalau tidak ingin kelam kabut mencari makanan.
4. Tidak perlu friendly sangat dengan penjual penjual fridge magnet yang datang pada kita nanti susah hendak lari. Hahaha
5. Kalau hendak ke Lembang, pergilah seawal pagi untuk elakkan kesesakan lalu lintas.
6. Pilih tarikh percutian yang tidak clash dengan cuti Indonesia kerana warga Jakarta akan turun ke Bandung. Aduhh…
7. Ini hanya itinerari 3 hari 2 malam ke Bandung. Kalau 4 hari, jangan lupa untuk ke Kawah Putih.
8. Jangan makan di Warung Pojok, ramai yang kena cirit birit.
9. Jangan kedekut untuk makan di restoran mahal, confirm sana lebih murah.
10. Pakai kasut yang sesuai, sport shoes atau walking shoes lagi bagus. Letih oiiit berjalan.

Membaca perkongsian ini sahaja, terasa teruja pula untuk merancang trip kawan-kawan bersama BFF. Moga tercapai impian itu.

*Artikel di atas disumbangkan oleh Eswati Azni Jaafar, seorang blogger yang suka mengembara. Beliau boleh diikuti di blog miliknya iaitu Modern Mum’s Thingy dan di laman Facebooknya di sini.

Comments

comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*