Travel Sendiri London-Amsterdam. “Direct Train” Eurostar Dinanti April 2018

The Channel Tunnel operator yang mengendalikan Eurostar akan memulakan direct train dari London ke Amsterdam bermula pada bulan April 2018.

Ini merupakan berita baik kepada pengembara yang ingin bergerak di antara kedua-dua buah bandar. Bagi sesiapa yang mahu jalan ke Europe, membolehkan laluan London-Paris-Amsterdam dengan mudah dan cekap.Berikut adalah 8 perkara yang perlu anda tahu sebelum menempah tiket Eurostar nanti.

1. London-Amsterdam direct train ini hanya mengambil masa 3 jam 41 minit untuk sampai ke destinasi masing-masing.

2. Ia akan memberi persaingan sengit (harga murah) kepada perkhidmatan penerbangan yang mendominasi laluan London-Amsterdam. Ia mungkin akan berupaya mengambil alih pasaran seperti ia menerajui 70% pasaran pengangkutan London-Paris.

3. Tren dari London St Pancras ke Amsterdam akan berlepas 2 kali sehari pada hari biasa iaitu pada pukul 8.31 pagi dan 5.31 petang

4. Pada hujung minggu tren akan beroperasi pada waktu pagi hari Sabtu dan petang pada hari Ahad

5. Ia akan bertolak tanpa henti dari London ke Brussel hanya dalam masa 1 jam 48 minit. Lebih cepat 17 minit dari masa yang direkodkan pada masa kini

6. Selepas Brussel tren akan berhenti di Rottterdam selepas berlepas dari London dalam masa 3 jam satu minit. Train akan melalui Airport Schipol sebelum tiba ke stesen Amsterdam Centraal. Tren pagi akan sampai pada pukul 1.12 petang dan tren waktu petang akan tiba pada pukul 10.12 malam

7. Tambang untuk perkhidmatan tren ini adalah 35 pound sehala.

8. Bagi tren dari Amsterdam ke London, Eurostar merancang menjual tiket di Brussel dan juga Amsterdam.

Chief Eksekutif Eurostar menyatakan, dengan adanya tren tanpa henti dari London ke Amsterdam ini  mereka akan berkongsi sedikit pasaran dari industri penerbangan yang sedia ada dan ia akan berkembang dalam masa yang terdekat nanti.

Kesan kepada traveler 

Sebelum ini Eurostar hanya sampai ke Brussels sahaja. Kemudian dari sini disambung dengan train Thalys atau train tempatan.

Tetapi dengan adanya perkhidmatan Eurostar, kini ia lebih mudah disambungnya. Cuma masih ada masalah birokrasi (cop passport/ border control) yang memerlukan ia masih berhenti di Brussels (ketika memasuki UK semula). Walau pun begitu, dijangka ini akan diperbaiki pada masa hadapan dengan harapan Rotterdam menjadi border point.

Pada kadar 35 pound sehala ia masih dianggap pilihan lebih baik dari menaiki flight. Naik flight mengambil masa baik dari segi check in, menunggu, luggage atau sebarang delay.

Tapi kalau mahu lagi murah, naik bas lah lagi baik. Bas liga lain.

Dengan Eurostar, 3 bandar utama kini lebih mudah dihubungkan.

Tiket akan mula dijual pada 20 Februari 2018 nanti.

Sumber: Independent.co.uk

Comments

comments

About Hizam 9 Articles
Aku Masnazirul Hizam, lelaki biasa biasa yang kurang giginya, berusaha mengenal dan melihat keindahan dunia dari kacamatanya sendiri. Nilai kebahagian bukan terletak lagi pada kebendaan. Lebih menikmati sedapnya kopi dari menilai cantiknya cawan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*