Next Training

MAHU MENCARI PELUANG BEKERJA
DI LUAR NEGARA?

Sejak 2010, trend untuk mencari peluang kerja di luar negara semakin meningkat. Tidak lagi terikat dengan masa kerja 8 pagi hingga 5 petang, budaya kerja begini sudah lama menjadi amalan masyarakat negara maju. Tidak hairan mereka boleh bercuti berbulan lamanya dan kembali bekerja seperti biasa.

Luar biasa!

Sebenarnya ia tidak  mustahil. Kita kena pandai cari kerja yang betul! Cuba lihat senarai kerja luar negara. Mengajar bahasa di Thailand, jadi scuba diving instructor di Australia, kerja sukarela di Rwanda. Semua ini bekerja bukan di satu tempat sahaja. Merata dunia. Bagi yang suka travel, mengapa tidak terlibat sebagai TOUR LEADER?

5 SEBAB MENGAPA TOUR LEADER MENJADI KERJA IDAMAN SELURUH DUNIA

Masa Kerja Fleksible, Belanja Travel Ditanggung

Menjadi tour leader adalah satu cabang untuk kebebasan ke luar negara. Yang paling seronok, ia dibayar! Bayangkan anda sebagai tour leader.

      • Masa Kerja Fleksibile : Menjadi tour leader tidak terikat dengan  waktu pejabat. Anda boleh pilih sendiri trip mana yang anda mahu, bila dan berapa lama. Anda adalah boss terhadap masa anda!
      • Travel Ditanggung : Semua tour leader mendapat upah, ditanggung makan dan tempat tidur. Peluang Bersama-sama dengan tetamu yang datang  merasai pengalaman yang baru. Tahukah anda di UK, anda akan dibayar sekitar RM250-RM500 sehari hanya sebagai tour leader? Sambil kita membawa tetamu, tour leader sendiri akan dapat travel dengan kos yang minimum.
      • Cari Duit Secara Part Time : Anda tidak perlu tinggalkan kerja sepenuh masa. Tetapi boleh memilih untuk lakukan tour leading secara part time mengikut masa cuti anda. Tahukah anda, tour leader ini ramai terdiri dari golongan professional seperti doktor dan engineer?
      • Pengalaman Hidup Luar Negara : Jika anda bercita-cita untuk berhijrah ke luar  negara,  menjadi tour leader adalah langkah yang paling selamat untuk mencuba. Bila melancong ke luar negara memang seronok, tetapi menjalani kehidupan di luar sana mungkin bukan untuk semua orang.
      • Peluang Merasai Budaya : Bila melancong bukan sekadar mengambil gambar. Kita belajar tentang budaya negara lain, makanan halal dan cara mereka menjalani kehidupan sehari-hari. Travel dan belajar.

FAKTA INDUSTRI PELANCONGAN RAKYAT MALAYSIA

Semua Orang Pergi Travel & Bercuti

Dunia secara umumnya meletakkan travel dan holiday sebagai agenda. Trend yang sama meningkat naik di kalangan orang Malaysia dan generasi muda.

      • Trend Peningkatan : Laporan dari Mastercard, mendedahkan sebanyak 11.9 juta perjalanan dari Malaysia ke luar negara dicatatkan pada 2016. Jumlah itu dijangka akan terus meningkat kepada 14.2 juta menjelang 2021.
      • Penerbangan Murah : Sebab utama Rakyat Malaysia yang gemar melancong sering memilih melancong ke luar negara kerana terdapat banyak promosi penerbangan murah sepanjang tahun.
      • Permintaan Dalam dan Luar Negara : Presiden Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Tan Kok Liang memaklumkan bukan sahaja perjalanan ke luar negara sahaja meningkat, malah pelancongan domestik juga meningkat dengan baik.
      • Kekuatan Pasport Malaysia : Malaysia passport berada di ranking ke enam dunia dan boleh memasuki ke 159 negara tanpa halangan. Ini berada dengan sama kedudukan dengan Swiss, Canada dan Ireland
      • Mewah Cuti :  Seteruk mana kita bekerja, kita kena akui kita ada banyak hari untuk bercuti.Pada September 2017 contohnya, ramai kalangan kita seronok menikmati cuti umum dari 31 Ogos sempena Hari Merdeka, disambung pula pada 1 September sempena Hari Raya Haji, kemudian di teruskan sehingga Isnin, 4 September sempena kemenangan besar pasukan negara dalam temasya Sukan Sea 2017 (KL2017).

 

5 MASALAH UNTUK KERJA DI LUAR NEGARA SEBAGAI TOUR GUIDE

Bukan Semua Orang Sesuai Sebagai Tour Leader

Kalau benar kerja di luar negara itu sangat senang, tentulah sudah ramai yang cabut lari dari Malaysia! Tetapi ia bukan semudah itu, kita ada macam-macam masalah yang sukar untuk kita selesaikan.

      • Tidak Tahu Bagaimana Bermula : Ramai dari kita sekadar mahu. Tapi tidak ada panduan, latihan dan seminar yang dapat memberikan panduan dan arah tuju untuk terlibat dalam tour leading.
      • Tiada Kenalan :  Mungkin kita ini sudah terbiasa hidup di dalam kelompok dalam negara, jadi kita tidak kenal sesiapa di negara luar. Kenalan ini penting, sekurang-kurangnya menjadi rujukan dan khidmat nasihat sekiranya kita ada sebarang masalah.
      • Tiada Pengalaman Hidup Luar Negara : Kita  bukan anak orang kaya yang ada peluang untuk hidup luar negara. Paling jauh pun pergi Singapura, itu pun tiket bas kawan yang sponsor. Kehidupan luar negara adalah pengalaman penting supaya kebajikan kita terjaga.
      • Bimbang Ditipu Agen : Sudah ada berpuluh-puluh kes agen yang meminta sejumlah wang yang besar konon menawarkan kerja di luar negara dengan gaji yang tinggi, tetapi hampa kerana ia tidak seperti yang dijanjikan. Akhirnya pulang ke Malaysia dengan tangan kosong.
      • Tidak Cukup Modal : Memang benar duit boleh dicari. Tapi berapakah sebenarnya untuk memulakan langkah sebagai tour leading ini? Cukupkan dengan RM1,000 di tangan? Atau RM10,000? Pun begitu, kita tidak punya modal yang besar untuk memulakan langkah impian ke luar negara.

SERTAI
PROJEK TOUR LEADER (PTL)

Bagaimana Anda Boleh Bekerja Di Luar Negara Secara Sambilan
Dan Jimat Beribu-ribu Ringgit Tanpa Perlu Membayar Khidmat Agen
 

Team Antarabangsa, Rangkaian Seluruh Dunia

Kalau benar kerja di luar negara itu sangat senang, tentulah sudah ramai yang cabut lari dari Malaysia! Tetapi ia bukan semudah itu, kita ada macam-macam masalah yang sukar untuk kita selesaikan.

      • Berpengalaman Luas: Kami berpengalaman lebih dari 5 tahun di dalam industri ini. Setiap tahun kami telah membawa ramai orang ke seluruh dunia
      • Country Coordinator:  Setiap Country Coordinator mempunyai pengetahuan yang luas di setiap negara terlibat
      • Pengalaman: Kami mempunyai pengalaman melatih tour leader untuk beberapa negara di Asia dan Eropah.
      • Sokongan Rakyat Malaysia di Luar Negara: Semua Country Coordinator kami terdiri dari orang-orang Malaysia yang pernah dan masih menetap di luar negara.


PERINGKAT LATIHAN
Langkah Satu Demi Satu Untuk Mencapai Impian Anda

PTL Training Programmes akan bermula pada Julai 2018. Semua individu yang berminat dinasihatkan membaca panduan seperti dibawah. Progres setiap peserta adalah berbeza,  maka adalah penting untuk memahami peringkat latihan yang diperlukan

  • STAGE 1: TL101 Tour Leader Introductory Course (Open)
    • Bahagian pertama adalah latihan didalam kelas yang dijalankan di Kuala Lumpur. Jurulatih akan membantu anda memahami langkah kerja tour leader dan cara menyusun laluan kerjaya sebagai tour leader di luar negara. Anda mungkin ada homework/tugasan yang perlu dilaksanakan.
      • KANDUNGAN KURSUS TL101 : LATIHAN 2 HARI YANG PADAT
        Tujuan utama kursus ini adalah  untuk mempersiapkan peserta dengan asas dan teori dalam bidang ini. Ini dapat menjimatkan masa latihan praktikal dengan menyediakan peserta dengan bahan-bahan yang WAJIB tahu. Training manual akan disediakan, peserta dituntut untuk lebih aktif.

        • HARI PERTAMA
        • Dokumen dan Persediaan,Makanan, Tempat Tinggal
        • Tanggungjawab & Tugas
        • Action Plan Menjadi Tour Leader
        • Career Plan Sebagai Tour Plan
        • Teknik Jimat Kumpul Duit & Mengumpul Modal
        • Berhenti Kerja ? Atau Cuti Tanpa Gaji?
        • Mengurus Kejutan Budaya
        • Persediaan Untuk Yang Banyak Hutang
        • Persediaan Orang Bujang & Sudah Berkahwin
        • Persediaan Untuk Menjadi Independent Travel Planner
        • Membuat Itinerary & Cost. Membuka Travel Agent Sendiri ?

          HARI KEDUA
        • Menghasilkan journal kembara yang tersusun dan ia diterbitkan bagi rujukan umum.
        • Bagaimana menyusun journal dalam pelbagai bentuk dan diterbitkan dalam pelbagai bentu media.
        • Catatan kembara yang viral dan menjadi ikutan orang.
        • Bagaimana mewujudkan pengaruh dalam industri travel.
        • Sesi umum bersama protege PTL Batch 1.
        • Concurrent session (teh tarik?) bersama dengan koordinator training UK, Europe, New Zealand, Jepun dan Korea. Peluang untuk berkenalan dan bertanya  lanjut.
        • Taklimat untuk persediaan permohonan ke Stage 2 TL201

  • STAGE 2: TL201 Ground Training at Destination (By Invitation Only)
    • Bahagian kedua training disebut TL201 adalah shadowing tour. Dengan syarat pernah menghadiri TL101, peserta akan mengikuti tour ke destinasi pilihan bersama dengan training coordinator. Penyertaan adalah melalui jemputan sahaja, ini bermakna hanya yang terpilih dan komited sahaja akan menyertai training ini.  TL201 mengambil masa antara 7 hingga 12 hari bergantung kepada destinasi. Peserta akan dilatih dalam kumpulan kecil, untuk pendedahan dan pengalaman di negara destinasi. Buat masa sekarang negara terpilih adalah New Zealand, Australia, Japan, Korea, Western Europe and United Kingdom. Peserta boleh memilih mana yang dirasakan sesuai, tetapi penyertaan adalah terhad. Antara aktiviti utama dalam latihan adalah alam semulajadi,  pemanduan, navigating, explorace dan budaya. Semua skill ini akan diperolehi melalui latihan praktikal.
  • STAGE 3: TL301 Pairing & Assistance Training (By Invitation Only)
    • Training bahagian ketiga adalah on-job training,, dimana peserta bersedia untuk membawa group travel yang sebenar. Peserta akan ditawarkan dengan  job/projek/tour, peluang untuk menjadi pembantu atau disebut sebagai junior tour leader. Peserta akan dipadankan dengan tour leader yang lebih berpengalaman. Jika peringkat ini sudah selesai, peserta sudah bersedia untuk menjadi independent travel planner (ITP) bagi menjalankan tour secara individu. Peserta juga boleh memilih untuk menjalankan perniagaan travel & tour sendiri.

THE PROTEGE

Aktiviti Navigating di Amsterdam, Netherland

Pengalaman self drive di Switzerland

Wild camping and nature experience di Scotland. Solat tak lupa..

City tour, Amsterdam

Sejak 2017, PTL telah memulakan projek perintis dengan melatih 6 orang protege awal di UK, Paris, Brussels dan Amsterdam. Selepas setahun, kami dengan bangganya, memperkenalkan beberapa orang protege yang berbakal yang akan bekerjasama untuk trip akan datang.

Name : Nur Ashikin (Ikin)
Age : 30
Occupation : Dentist
From : Johor

“The more miles you go, the millions unknown you explore, the more priceless your collections are”

Ikin telah menyertai trip ke Central Europe dan Iceland dan telah berjaya mencapai peringkat TL301. Ikin akan sekali lagi mengetuai trip ke Balkan pada September 2018, walau sibuk dengan tugasan harian sebagai doktor gigi untuk memenuhi minat dalam travelling.

 

Name : Muhammad Danial Muhammad Masri (Danial)
Age : 34
Occupation : Engineer
From : Selangor

“Screw work, lets travel”

Danial agak berbeza laluan sebagai tour leader, apabila terus mengetuai trip sulung ke Itali pada Disember 2017. Bekerja sebagai engineer, Danial mensasarkan peluang untuk menceburi bidang dalam industri pelancongan.

 

 

Name : Noor Azlina Binti Md Norani (Lina Norani)
Age : 36
Occupation : Freelancer
From : Melaka

“Don’t tell me how educated you are, tell me how much you traveled”

Ibu kepada tiga anak lelaki, Lina tidak menunggu lama untuk trip yang seterusnya. Lina menghasilkan trip sendiri dan fokus dalam trip personal shopper. Seorang usahawan dan freelancer dalam travel, Lina sangat optimist untuk berkongsi pengalaman dengan yang lain.

BUKAN SEMUA ORANG SESUAI MENCEBURI BIDANG TOUR LEADING

KAMI MENCARI CALON MUDA, BERDIKARI & ADVENTUROUS

Walaupun bekerja di luar negara ini nampak glamour dan berpendapatan besar, namun, ianya bukanlah sesuai untuk semua orang. Ini kerana, suasana kerja dan persekitaran di luar negara adalah berbeza dari Malaysia.

      • TIDAK SABAR & TIDAK TAHAN TEKANAN. Bekerja di luar negara memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi. Jika anda seorang yang tidak penyabar, tidak tahan dengan tekanan, panas baran dan mudah melenting, memang agak sukar untuk pergi jauh.
      • MANJA. Jika anda seorang yang manja dan tidak tahu berdikari. Sentiasa mengharapkan orang lain melakukkan semua perkara untuk anda. Anda tidak di galakkan untuk bekerja di luar negara.
      • TIDAK MENEPATI WAKTU. Suka datang lambat dan suka buat perangai “janji melayu”? Jika anda mempunyai masalah waktu tidur, atau suka berfoya setiap masa.
      • BLACKLISTED. Jika anda termasuk dalam senarai hitam akibat hutang PTPTN atau hutang-hutang lain, serta termasuk dalam senarai individu yang tidak dibenarkan ke luar negara. Semak status anda.
      • BERUMUR LEBIH DARI 40 TAHUN atau menghadapi masalah kesihatan serius.

Jika anda tidak mempunyai ciri-ciri diatas, semua peluang ini ditawarkan kepada anda pada harga

YURAN KOMITMEN TL101
RM378/TIKET

TETAPI
JANGAN BAYAR DAHULU
ANDA DAFTAR SAHAJA DENGAN MENGISI BORANG DIBAWAH

BIARKAN KAMI PILIH ANDA YANG LAYAK

MAKLUMAT LATIHAN

Tarikh :
28 – 29 July 2018 : TL101 B1 (32 tiket sahaja)

  Masa :
9.00am – 4.00pm
(Pendaftaran 8.30am)

Lokasi :
WORQ CoWorking Space
Unit 3A-01A, Glo Damansara,
699 Jalan Damansara
Taman Tun Dr Ismail, KL

 

SOALAN LAZIM

Jimatkan masa kita dengan membaca soalan dibawah sebelum join team PTL

      • Q1 Kenapa Yuran Kena Bayar  : A1. Mana ada yang percuma! Dewan training, upah trainer. Itu semua guna duit. Kalau setakat beberapa ratus kita berkira, usah ke luar negara. Duduk Malaysia sahaja.
      • Q2 Bahasa Inggeris Saya Lemah : A2 Kita bukan suruh buat karangan. Tapi asas Bahasa Inggeris mesti tahu juga, lebih lagi kalau menjadi Tour Leader di negara berbahasa Inggeris. Yes, No, Thank You, Toilet. Jangan terpinga-pinga sudahlah.
      • Q3 Adakah Saya Terus Dihantar Ke Luar Negara : A3 Tiada jaminan. Jika anda sangat bagus dalam latihan, memang anda akan dipilih berkali-kali. Jika orang cakap Thank You, tapi anda jawab Waalaikumsalam, mungkin anda perlu latihan lanjut.
      • Q4 Berapa Kali Kursus Tour Leader di Malaysia : A4 Satu batch sahaja setahun. Tahun ini pada 28&29 Julai 2018 sahaja. Eh! Ini bukan kelas memasak yang boleh buat kerap kali. Kerana kita perlu selaraskan juga dengan negara-negara yang terlibat dengan TL201.
      • Q5 Saya Tidak Pasti Saya Layak :  Q5 Teruskan mereput. Atau anda boleh hubungi / Whatsapp terus nombor dibawah. Jika ada sebarang soalan, boleh tanya. Ingat! Kami perlukan self-starter person, bukan selalu kami boleh sudukan makanan buat semua.

PERTANYAAN

Kami sangat gembira untuk melayan pertanyaan anda

Whatsapp atau hubungi
www.wasap.my/60192117799 (Hizam)
www.wasap.my/60192341115 (Tika)
www.wasap.my/60193929641 (Hazel)